Thursday, January 26, 2023

Entri Pertama Dua Ribu Dua Puluh Tiga

 Assalamualaikum.

Dah pertengahan bulan satu.

Tapi aku gigih lagi nak masukkan entri baru.

Acah-acah yang kau masih hidup.

Gitu!

Masih anak empat tiada sebarang pertambahan (seperti yang dirancang)

Masih lagi struggle-stress-tertekan-dengan-hidup-keliling.

Untuk tahun ini, anak sulung aku yakni Thaqef dah berumur 13tahun.

Bujang dah weh. Laju betul masa berlalu.

Rindu ketika dia masih kecil. Comel gila. Dengan rambut yang tak boleh dipelbagai fesyenkan. Dan bersuara kartun. Haha.

Terbayang-bayang diingatan aku betapa naif ketika kecil.

Haih!


*******************************


Planningnya aku macam nak masukkan asrama untuk Thaqef.

Walaupun pada asalnya aku berkeras tidak mahu dia ke sana tapi setelah aku minta nasihat dan berfikir secara adil, maka aku rasa dia layak untuk ke asrama.

Kadang-kadang kesian dia terpaksa menolong aku menjaga adik-adik.

Entahlah banyak perkara yang aku kena fikirkan.


oklah, bai!

Tuesday, August 9, 2022

Mom Guilty

 Assalamualaikum Wbt.

Luahan di tengahari buta. Luahan aku dengan rasa bersalah sebagai seorang mak yang gagal. Ye begitulah.

Aku jadikan ruang ini untuk aku luah segala apa yang terbuku dalam perasaan aku tanpa aku dihakimi sebagai seorang yang kurang iman, pemalas dan gemuk dan pemalas.

Minggu ni minggu kemerdekaan disekolah. Hari ini ada sambutan disekolah Kafa. Thaqef minta aku buatkan songkok dibalut dengan bendera. Aku marah. Aku taknak buat. Sebab aku taknak berfikir. Aku taknak serabut dan stress.

Ye. Aku gagal sebagai seorang mak. Sebabnya aku tak mampu nak buat benda mudah seperti itu. Aku terlalu tertekan untuk aku hadap rutin hari-hari. Aku terlalu penat dengan segala benda yang aku perlu hadap.

Aku selalu fikir, kalau aku tak penat aku tak tertekan mesti aku boleh layan anak-anak aku dengan baik tanpa perlu marah-marah. Kalau aku tak penat, aku tak serabut jiwa aku tenang. Dah tentu aku dapat buat songkok bendera buat Thaqef.

Kau tahu tak betapalah kecewanya jiwa aku bila aku hantar Thaqef & Nadi tadi aku nampak ada je parents yang melayan anak-anak dengan bermacam costume. Tapi kau?

Mak yang gagal. Ye aku tahu.

Kalau aku dapat duduk sama dengan Taufeq kan aku tak stress macam ni. Aku tak penat macam ni. Aku tak tertekan macam ni.

Tapi, begitulah Taufeq, tetap tak mahu sedikit usaha yang duduk bersama. Ada saja alasan bodoh yang entah pape bagi aku.

Dia nak tunggu aku  ni mati dulu agaknya barulah dia rasa mudah dia nak hidup bersama dengan anak-anak dia kat sana.

Apa susah. Aku mati, kahwin baru. Selesai. Buat apa peningkan?


Friday, June 17, 2022

Tengah tahun di 2022

 Assalamualaikum wbt.


Dah pertengahan tahun. Tengah menjahit pastu boring.
Buka laptop sambung buat design. Boring juga. Haha. itu yang masuk blog. Kah!

Aku tak tahu sejauh mana relevannya blog ini lagi. Tapi ini saja tempat aku meluah dari aku perlu menulis pada diari. Klishe angat. Haha.


Minggu ini bagi aku cukup rasa terseksa. Terseksa mengetahui rahsia & terpaksa disimpan selagi hayat dikandung badan. Shit.

Penat pegang rahsia. Penat nak bagi nasihat. Lagi-lagi melibatkan seluruhnya. *sigh*

--------------------------------------------

Sebelum aku taip cerita ni, mesti aku akan baca apa post sebelum ni aku cerita. Aku rasa menyesal untuk aku berdoa sebegitu selepas aku meluahkan perkara itu pada mak. Mak marah aku berdoa sedemikian. Mak cakap kalau kau pernah hidup dengan mak tiri kau takkan berdoa sebegitu rupa. Mak hari-hari berdoa pada tuhan minta panjang umur sampai korang semua dah berkahwin pun cukuplah. Mak taknak anak-anak mak kecik-kecik lagi dah takde mak.

Aku?

Rasa macam wake-up call gituh. Betul apa mak kata. Orang lelaki tak sama macam mana orang perempuan jaga. Begitu juga dengan mak tiri. Kalau dapat yang bagus tu memang rezeki bonus la.

Aku harap Allah swt faham la apa maksud aku segala doa aku.

aminnn

Tuesday, January 18, 2022

2022

Selamat Tinggal Dunia Tipu-Tipu.

 Aku ada masa 1 jam lagi untuk aku berbuka puasa.

Jadi, aku rasa aku nak menaip something yang terjadi dalam hidup aku dalam beberapa bulan ini.


Aku ada seorang kawan blog yang obviously aku kenal dari blog.

Dan perkenalan tu meleret-leret ke media sosial facebook.

Dari aku kenal anaknya dari dalam perut bernama Omey (read:Indah) sampailah sekarang anak dia dah 6 orang.


Dia dah meninggal.

Yup. Meninggal dengan macam tu je.


*sigh*


Aku tahu pun dari Instagram Dato Rizalman.

Berderau jantung aku bila melihat salah satu followers share gambar profile facebook dia.

Dari kata suami dia, lepas mandi just batuk-batuk lepas tu sesak nafas dan habis nyawa.

mudahnya dia pergi..


Tapikan.. tapi..


Yang menjadi aku tak senang duduk ialah keluarga yang ditinggalkan. Especially anak-anak dia.

Yang paling terkesan adalah anak bongsu dia yang fully breastfeed lagi.

Mulut tak berhenti menyebut "mama..mama..mama.."

Baru-baru ni update dari facebook suami arwah adalah anak sulung dia Indah yang macam burn-out sebab terlalu rindukan mama dia.


Berderai air mata aku.

Entah.

--------------------------------------------------------------------------


Sebenarnyakan, 

dari cerita ini ada sedikit related dengan aku.

Aku selalu cakap dengan tuhan yang bagilah aku mati dulu.

Sebab aku rasa anak-anak lagi 'senang' dengan papa diorang.

Yelah, faham je la perkataan senang tu. Segala keperluan insha-allah takkan terbatas.

Kalau Taufeq mati dulu macam mana aku nak survive.

Aku boleh bekerja tapi perbelanjaan tu mungkin akan jadi terhad tak macam sekarang. Kelulusan aku sijil sahaja. Berapa sangat gaji sijil yang boleh dapat.


Bukanlah aku kata aku tak percaya dengan rezeki dari Allah. Tapi entahlah bagi aku ia bukanlah sesuatu yang mudah.

Bukan mudah untuk emosi aku.

Bukan mudah untuk anak-anak aku.

Aku tahu Allah tahu apa yang cuba aku sampaikan.

Aku cuba usaha teruskan berdoa agar Taufeq diberi kesihatan yang sangat baik dan umur yang panjang. Aminnn (Please, aminkan doa aku)



Sunday, November 29, 2020

2020

 Assalamualaikum.


Lama betul aku tak buat apa-apa entry.

Dah penghujung 2020 pun.

Haha.

Banyak perkara yang aku nak ceritakan. Tak tahu nak mulakan yang mana satu.


Tahun 2020.

Tahun virus Covid-19

Virus dari kelawar dan ia bermula dari Wuhan, China.

Dan selama setahun Malaysia dalam keadaan disaster.

Kalau nak cerita memang jadi panjang.

Tapi, nantilah.

Ada cerita yang lagi best dari ni.

Hiks!


Ok,

24 September 2020, sebagai wishlist.

Aku ada new baby. Girl!

Alhamdulillah. Aku dah ada 2 pasang anak.

Tapi, pregnancy kali ni aku ada PLANCENTA PREVIA ANTERIOR TYPE 1.

Menduga sungguh kandungan aku.

Bermain dengan emosi dan perasaan sebabnya doktor pakar kata maybe aku akan di Ceaserean.

Perkara yang ingin sangat tidak mahu akhirnya aku mengalami demi nak selamatkan anak.


Yup, aku bersalin C-ser.

Not bad at all tapi aku sangat-sangat berperang dengan emosi sendiri.

Sampai sekarang walaupun baby dah 2 bulan aku masih lagi struggle dengan emosi. Aku sendiri tak tahu kenapa. 

Aku tengok orang lain yang doktor relax je kena belah perut tapi kenapa aku yang sampai berperang dengan emosi sendiri susah sangat nak menerima kenyataan yang aku dah pun selamat. Anak aku pun selamat.

Big why?

Aku masih lagi belum dapat jawapan yang aku betul-betul boleh terima.


Meh aku nak cerita yang nama baby aku

Naelham Thufaila bt Mohammad Taufeq


Ok la kan. 

Syncronize dengan nama kakak dia eman.


Dah la tu.

Tiba-tiba jadi blur.

Chow!

Friday, November 15, 2019

Pindah Sekolah

*Ini luahan rasa. Sebab aku takde tempat mengadu. Agak sedikit emo dari segi bahasa*


Assalamualaikum wbt. Post kali ni banyak emosi sebenarnya. Aku pun sendiri tak tahu kenapa.

Beberapa bulan lepas aku nadi ada exam untuk kemasukan ke sekolah thaqef.
Dan, nadi tak dapat masuk.

Aku kecewa. Mulalah aku serabut sebenarnya. Memikirkan aku kena menguruskan 2 anak dari 2 sekolah berbeza. Dengan aku kena bela eman lagi.


*sigh*

Sebulan sebelum birthday eman, aku mengandung.
Yup. Mengandung.
Walaupun aku merancang memang untuk mengandung tahun 2020 tapi bukanlah secepat ni. Padahal aku siap download app period tracker lagi untuk tahu aku hari subur tapi still kantoi mengandung.

Kuasa tuhan kan?

Dan kuasa tuhan, 2 minggu sebelum birthday eman aku gugur.
Gugur di usia 11 minggu.
Entahlah. Aku terima kandungan tu tapi kandungan kali ni pelik sebab aku relax dan tak mabuk langsung. Cumanya aku tak nak makan. Selera makan aku memang kelaut.
Aku tanya doktor apa penyebabnya aku gugur sebab arjuna salahkan aku dengan macam-macam alasan walaupun secara halus ayat dia itu.

*Sigh. Again*

Kebetulan waktu aku gugur waktu raya deepavali. Dah cuti sekolah dapat 5 hari. Aku berkeras hati nak balik rumah mak untuk pantang kat sana dan aku tinggalkan anak-anak aku di rumah di bawah jagaan arjuna.
Ya Allah rasa nikmatnya hidup aku tanpa rasa stress sedikit pun. Tiada siapa yang pressure kan aku.

Tolonglah jangan jugde hidup aku.
Aku penat dengan pertikaian orang.

--------------------------------------------------

Berbalik hal sekolah.
Aku dan arjuna ambil keputusan untuk pindahkan thaqef ke sekolah nadi.
Aku ingatkan arjuna yang akan handle hal ini.
Tapi aku jugak yang kena selesaikan.
Straight seminggu ni aku ulang alik sekolah thaqef-sekolah nadi-pejabat daerah.
Naik lembik kaki aku.
Keputihan aku banyak turun dengan sisa-sisa darah dari gugur hari tu.
Lagi aku penat lagi banyak keluar.
Risau.

Aku tahu aku punya level self-confident aku dah takde.
Hilang.
Bila aku jumpa goverment worker ni aku rasa rendah diri yang amat sangat-sangat lagi-lagi bila cara pandangan sinis mereka pada aku yang selebet ni.

Sukarnya persekolahan kat bandar.
Sekolah agak susah nak terima sebab kepadatan murid.

Last, aku kena jumpa guru besar untuk dapatkan tandatangan sokongan.
Masa jumpa guru besar tu dia mengeluhdan cara layanan dia pun macam malas nak terima sebab murid jadi makin ramai.

Dia tanya aku kenapa nak pindahkan.
Then, aku jawablah apa yang sepatutnya.
Dengan eman yang panjat kerusi meja sana sini.
Ya Allah malunya aku.

Pastu, guru besar tu terus tanya aku.
Puan bekerja ke?
Aku geleng.


Terus airmata aku meluru keluar tak boleh berhenti.
Aku tak tahu kenapa aku kena menangis?
Secara automatik air mata aku keluar tak berhenti.
Kenapa amnah? kenapa?

Hari tu satu hari suntuk aku rasa down sangat.


Aku rasa aku depression.
Tapi aku takut nak mengaku sebab nanti orang kata aku saja adakan cerita.
Tapi aku memang stress.
Entahlah aku tak tahu nak cerita macamne.