Assalamualaikum wbt.
Lama betul takde post baru.
Ya.. Lama.
*senyap*
Hidup sebagai umi semakin dasyat.
Banyak faktor mempengaruhi
Usia, persekitaran & kelangsungan rutin harian yang kau lakukan sendiri.
Yup. Sendiri.
*Tak bangga sikit pun*
Arjuna dah disahkan tidak lagi ke offshore.
I dont know
Terlalu banyak sangat politik kerja.
Dan dia menjadi weekend-husband
Dah banyak kali aku bersuara untuk tinggal bersama
Since, dia tidak lagi ke offshore
Tapi dia tidak mahu atas alasan-alasan yang entah pape bagi aku.
Aku marah & bengang.
Dipersalahkan sebab aku yang buat keputusan untuk tinggal disini
Tapi, itu dahulu ketika aku fikir yang dia lebih kerap ke offshore.
Jadi sekarang, aku mahu hidup seperti orang lain juga.
*mengeluh*
Aku makin tidak selesa untuk menetap kat sini
Privacy aku makin hilang
Anak-anak aku makin payah dikawal
*kecewa*
Hidup kau sering dihakimi.
Kenapa kau buat begitu?
Kenapa kau perlu begini?
Aku rasa jiwa aku sengsara.
Bila aku cuba untuk mencerita--
Aku sering di salahfahamkan
Dikata aku mengeluh nikmat hidup
Sengaja tidak kuat malah mengada.
Ahhh..
Aku tak patut meluah disini.
Zaman aku meluah negativiti tidak patut ada
Tapi pada benda tidak bernyawa ini lah membuatkan fikiran aku tidak di ganggu dengan cakap-cakap hati aku.
Aku sudah jauh menjadi Amnah yang dulu
Malah makim teruk barangkali.
Amnah yang paling kuat semangatnya
Yang mahal air mata
Yang penuh idea dan segala macam perkara ingin di lakukan.
Ok la. Aku dah kehabisan idea.
Hari ini pula eman kurang meragam.
N.A
No comments:
Post a Comment