Maafkan umi, thaqef..
Umi mintak maaf umi selalu marah-marahkan thaqef.
Umi tahu thaqef nakkan perhatian dari umi.
Umi tahu thaqef ingat umi tak sayang dengan thaqef.
Salah nak..
Umi sayangkan thaqef dari apa yang thaqef tahu.
Banyak benda yang kadang-kadang umi diamkan aje untuk kepuasan hati thaqef.
Bukan semua salah thaqef.
Hari-hari umi sangat mencabar, nak.
Dengan nadi yang pelbagai ragam.
Dengan usia umi yang semakin di mamah tua.
Kudrat umi bukanlah selamanya bertenaga.
Bila segalanya umi terpaksa lakukan sendiri.
Sikit sebanyak emosi umi terganggu.
Umi tidak bekerja, jadi umi tidak punya kawan berbual setiap hari.
Papa terlalu sibuk bekerja mencari rezeki
Bukan ada di rumah selalu.
Emosi umi juga selalu terganggu dengan orang-orang sekeliling.
Yang sering memandang rendah dengan umi apabila umi tidak bekerja.
Entahlah.
Bukan umi tidak mahu bekerja.
Jauh sudut hati umi, nak sangat berkerja.
Tapi apakan daya. Papa tidak memberi izin.
Bukan umi tak pernah buat degil dengan bekerja.
Pernah nak..
Tapi, Bila umi bekerja kamu jadi memberontak, tak dengar kata dan sering menangis bila kita bersama.
Dan perangai itu bukannya perangai kamu.
Tapi umi tak pernah salahkan kamu sedikit pun.
Thaqef,
Kamu anak umi yang paling mudah.
Paling senang di jaga,
Paling mudah dibentuk.
Umi bangga melahirkan kamu nak..
Umi harap kamu menjadi insan yang paling berguna.
Yang penuh ilmu agama di hati.
Jauhkan diri dari segala maksiat ye nak..
No comments:
Post a Comment