Friday, November 15, 2019

Dugaan Anak

Dalam minggu ini aku dapat dugaan yang membuatkan aku agak tertekan.
Sangat tertekan.

Aku dapat whats app dari guru kelas Thaqef.
Guru kelas tu kata --

--  bergurau kasar dengan rakan-rakan kelas sampaikan rakan-rakan kelas mengadu

-- semasa cikgu tengah mengajar dia bercakap. Tak fokus dalam kelas.

-- kerja sekolah banyak yang tak siap.


Betapa renyuknya hati aku.
Renyuk tu bukan la sampai aku berlebih-lebih.
Tapi aku jadi sangat-sangat sedih.
Sedih sebab anak aku bersikap begitu.

Aku sedih sebab tak dapat jalankan tanggungjawab yang sempurna buat anak aku.

*sigh*

Aku perlu fikir mana silapnya aku dalam mendidik Thaqef.
Benda ni buat aku susah nak tidur malam.
Dah la memang aku susah nak tidur malam.
Dapat hal macam ni lagilah.

*diam*

Aku rasa sangat-sangat tertekan.
Tertekan sebab terlalu memikirkan kata-kata orang kalau diorang tau Thaqef macam mana.

Bukannya aku tak discuss dengan arjuna.
Dah.
End up aku juga balik yang kena fikirkan apa solutionnya.
So, sama je kan.

No comments:

Post a Comment